Wan Azizah Cantas 8 Calon Pilihan Azmin Ali?


PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan menolak lapan nama calon bagi DUN Selangor yang dikemukakan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Lapan nama itu dikatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Muka baru yang dilaporkan turut dicantas adalah pembantu akhbar kepada Azmin, Hilman Idham – dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan penasihat Azmin yang dipercayai, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.

Portal The Star melaporkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkunjung ke rumah Azizah di Bukti Segambut seawal jam 8 pagi semalam– meminta agar Presiden PH itu menimbang semula keputusannya.

Bersama-sama Zuraidah, kelihatan kelibat Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Perkembangan terbaru itu memburukkan lagi krisis dalaman PKR membabitkan Kem Azmin dan Kem Rafizi (Ramli – Naib Presiden PKR).

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April). 

Sumber – AntaraPos