Warga Malaysia Di Singapura Diminta Waspada Laman Web ICA Palsu


Warga Malaysia di Singapura diminta berwaspada terhadap kewujudan laman web palsu Imigresen & dan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan (ICA) yang memujuk pengunjung mendedahkan maklumat peribadi mereka.

Menurut pihak berkuasa republik itu , laman web palsu itu mempunyai URL www.mom-sg-gov.ml/save.ica.gov.sg/save-public/index.html.

“Kami mendapat maklum bahawa terhadap laman web palsu ICA itu yang cuba memancing nombor rujukan visa dan nombor pasport pengunjung,” kata ICA dalam ruangan nasihat awam yang dimuatnaik dalam Facebook agensi itu semalam.

ICA menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan menyemak URL dan alamat laman web agar “anda tidak secara tidak sengaja menjadi mangsa kepada laman web palsu seperti itu.”

Pihak berkuasa itu menasihati orang ramai supaya hanya mengakses kepada laman rasmi e- Perkhidmatan menerusi alamat https://www.ica.gov.sg.- Bernama


#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN.