10 Tahun Dulu Hanya RM18...Mukhriz Terkejut Harga Daging di Kedah Kini RM36 Sekilogram


“SAYA terkejut apabila melihat harga daging di Kedah meningkat kepada RM36 sekilogram sedangkan pada 10 tahun lalu, ia berharga sekitar RM18 saja,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri Kedah memandang serius isu kenaikan barang keperluan harian khususnya di bulan Ramadan.

Menurutnya, pihaknya dan kerajaan Persekutuan sedang merangka mekanisme bagi mengawal harga barang keperluan.

“Rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi negara masa kini, ditambah pula dengan kenaikan harga tanpa kawalan yang menambahkan derita rakyat.

“Sehubungan itu, kita sedang berusaha mengatasi isu ini, tetapi memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jerlun di pekarangan Masjid Melele di Jerlun, malam semalam.

Sumber  - Harian Metro