5 Ciri Muktamad Zaman Najib Lebih Baik


MEREKA yang pernah melalui zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sudah maklum tentang masalah dan kerumitan dihadapi pada zaman itu.

Mahathir yang berkuasa hampir mutlak menguasai hampir seluruh bidang daripada politik hingga pendidikan hingga kepada aktiviti seni.

Dasar-dasar dilaksanakan di bawah Mahathir menyuburkan kronisme, mengganggu harga pasaran kenderaan kesan daripada dasar automotif beliau dan menyumbang kepada dasar pembangunan yang tidak seimbang seperti mengabaikan sektor pertanian.

Ada yang masih mengharapkan beliau menjadi perdana menteri sekali lagi, sedangkan zaman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jauh lebih baik.

Di sini disenaraikan lima ciri paling muktamad yang membuktikan zaman Najib jauh lebih baik, dan mesti dikekalkan.


1. Rakyat Dibantu Hadapi Kos Sara Hidup

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), rumah mampu milik, kemudahan-kemudahan seperti klinik dan kedai harga patut yang dibina hasil dasar pentadbiran Najib. Bantuan bersasar BR1M telah terbukti membantu rakyat menghadapi kos sara hidup.


2. Pengangkutan Awam Jauh Lebih Baik

Pengangkutan awam berubah di bawah Mahathir apabila bas mini dihapuskan tetapi alternatifnya lebih teruk. Di bawah Najib, MRT telah mula beroperasi dan pengangkutan rel yang lain telah diselaraskan di bawah Rapid KL.


3. Politik Lebih Terbuka dan Matang

PM Najib melaksanakan pendekatan politik lebih terbuka dan tidak memusuhi pembangkang yang matang seperti yang berlaku di bawah pemerintahan Mahathir. Demi kepentingan Islam, UMNO bekerjasama dengan PAS dalam usaha memperkasa Mahkamah Syariah.


4. Tiada Projek Mega Membazir

Di bawah PM Najib, tidak ada projek yang dilaksanakan untuk kroni dan kepentingan diri seperti yang dilaksanakan menggunakan hasil Petronas semasa Mahathir menjadi PM. Bailout syarikat kroni dan sebagainya diketahui umum berlaku bawah Mahathir.


5. Peranan Membela Islam Peringkat Antarabangsa

PM Najib sedia duduk sepentas dan bercakap senada dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam memperjuangkan isu Rohingya dan isu membela Baitul Maqdis. Najib turut diminta secara peribadi untuk berperanan dalam isu perjuangan Palestin. - Kedahnews.com