Anak Bekas Menteri Besar PAS Kedah Sertai UMNO Setelah Direstui Ibu


JERAI – Anak bekas Menteri Besar Kedah, Ahmad Faiq Azizan mengumumkan menyertai UMNO selepas mendapat restu daripada ibunya,  Puan Sri Faikah Sheikh Hamzah.

Ahmad Faiq, 31, yang juga seorang peguam merupakan anak kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abd. Razak, iaitu bekas Pesuruhjaya PAS Kedah.

Menurut Ahmad Faiq, ibunya memberikan restu kepadanya untuk menyertai mana-mana parti politik kecuali Parti Amanah Negara (PAN) kerana PAN paling banyak mengkritik bapanya.

“Sebelum masuk UMNO saya dah tanya pada ibu dan isteri saya dan tiada halangan.

” Ibu saya tidak benarkan saya masuk PAN kerana semasa mereka dalam PAS, mereka kata dekat ayah saya dengan teruk. Mak saya cakap saya ada hak untuk memilih parti, ” katanya pada ketika ditemui di sini, hari ini.

Ditanya kenapa beliau memilih UMNO, Ahmad Faiq berkata ia atas dasar demokrasi dan ia adalah parti yang terbaik dan kalau nak tolong orang, itulah parti yang terbaik.

“Kalau DAP datang lebih awal pun saya akan masuk parti itu tapi sebab BN datang secara baik maka saya pilih BN,” katanya yang turut terlibat dengan PAS sejak usia 18 tahun.


Ahmad Faiq juga tidak peduli sekiranya dilabel sebagai pemakan dedak kerana beliau sebenarnya sudah terlibat dengan BN sebelum ini.- Suara TV

#PRU14
#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku