Anwar Maafkan Najib, Tun M


PETALING JAYA - Beberapa jam selepas dibebaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka bukan sahaja mengakui telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi juga Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umum PKR itu berkata, beliau kini mahu meneruskan kehidupannya dan menghargai kebebasan penuh yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

"Jika melibatkan hal peribadi, saya telah maafkan dia (Najib), tetapi dia perlu jawab sebarang isu mengenai pertuduhan rasuah terhadapnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, di ibu negara, Rabu.

Ketika menjawab soalan mengenai kerjasamanya dengan Dr Mahathir, beliau berkata, beliau mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perkara lain.

"Memang ramai yang bertanya, ramai yang ingin tahu mengenai kerjasama saya dengan Tun (Mahathir) dan saya telah maafkan Tun.

"Melihat pengorbanannya dan usaha beliau yang membawa kepada kebebasan saya, serta sokongan kepada agenda reformasi, ia umpama deja vu," katanya.

Sumber: Mstar Online