ALOR SETAR - Menteri Besar Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta rakyat Kedah terutama pengundi membuat pilihan bijak dan berfikir dengan rasional pada hari mengundi esok (Rabu).
Mereka tidak perlu terikut-ikut dengan amarah dan emosional, sebaliknya berfikir dengan rasional demi masa depan agama bangsa dan negara.
Dalam hal ini, kata Ahmad Bashah, Barisan Nasional (BN) masih lagi pilihan terbaik untuk rakyat kerana parti ini mempunyai rekod kejayaan yang panjang dan sudah terbukti kemampuannya.
Kata Ahmad Bashah lagi, BN berbeza dengan parti pembangkang yang langsung tidak konsisten, iaitu membentuk kerajaan Pakatan Rakyat (PRU13) tetapi berakhir dengan Pakatan Harapan (PRU14).
"Sampailah masanya kita menunaikan kewajipan mengundi untuk sama-sama menentukan masa depan Negara yang lebih gemilangan, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sistem demokrasi yang diguna pakai di negara ini membolehkan semua parti bertanding dengan mengetengahkan manifesto masing masing untuk memenangi hati rakyat.
" Nasihat saya buatlah pertimbangan yang bijak demi masa depan anak cucu akan datang, " kata Ahmad Bashah lagi.
Menurutnya, parti pembangkang mempunyai empat parti yang bergabung tetapi 'mimpi' mereka berbeza sama sekali.
Empat parti itu sebenarnya tiada muafakat, namun bergabung semasa hendak pilihan raya, atas niat untuk menjatuhkan BN. Sebaliknya BN kukuh sebagai satu pakatan dengan satu matlamat, ujarnya lagi.
Lagi pun perjuangan parti pembangkang jauh tersasar dari perjuangan rakyat, sebaliknya hanya mementingkan agenda peribadi untuk tiap parti.
Mereka (pembangkang) menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam manifesto. Janji itu seperti 'candu yang akan melalaikan' dan sedap didengar oleh rakyat buat seketika waktu, sedangkan hakikatnya ianya hanya janji kosong.
"Jika janji itu mampu dicapai dan boleh dilaksanakan dengan mudah, sudah tentu BN menjadi parti pertama yang akan melaksanakannya, " kata Ahmad Bashah.
Hakikatnya janji pembangkang hanya kosong dan auta untuk mengelirukan rakyat.
"Saya percaya GST tidak akan dihapuskan jika mereka memerintah kerana pendapatan GST telah memberi pulangan kepada kerajaan melalui pembayaran cukai oleh pihak berkaitan untuk dikembalikan kepada rakyat, " kata Ahmad Bashah
Beliau yang akan mempertahankan kerusi DUN Suka Menanti percaya, jika pembangkang membentuk kerajaan sekalipun, GST akan kekal tetapi bertukar nama sedangkan isinya tetap sama ataupun kadarnya lebih tinggi bebanding yang ada sekarang.
Pada PRU14 ini beliau memohon kepada rakyat negeri supaya terus memberi kepercayaan kepada BN dan mengketepikan perbezaan. Bermuafakat untuk satu matlamat, iaitu memberi kemenangan kepada BN.
Pilihan kita hanyalah satu, undilah BARISAN NASIONAL. - Kedahnews.com
#PRU14
#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku