BN Pahang Bentuk Kerajaan Negeri Dengan Majoriti Mudah


KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah selepas menang 24 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diumumkan setakat 12.45 tengah malam tadi.

BN menang di DUN Jelai, DUN Padang Tengku, DUN Cheka, DUN Benta, DUN Dong, DUN Pulau Tawar, DUN Inderapura, DUN Lepar, DUN Sungai Lembing, DUN Pulau Manis, DUN Peramu Jaya, DUN Bebar, DUN Chini, DUN Kuala Sentul, DUN Jenderak, DUN Kerdau, DUN Lanchang, DUN Kuala Semantan, DUN Pelangai, DUN Guai, DUN Kemayan, DUN Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah dan DUN Tioman.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berjaya mempertahankan DUN Pelangai bagi penggal kelapan dengan majoriti 2,312 undi menewaskan calon PAS, Zaharim Osman (1,000 undi) dan calon PKR, Nor Haizan Abu Hassan (3,098).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengekalkan kerusi DUN Lanchang buat kali kelima dengan majoriti 3,725 undi.

BN turut merampas semula kerusi DUN Kuala Semantan apabila calonnya, Datuk Nor Azmi Mat Ludin menang dengan majoriti 474 undi.

Bagaimanapun, BN gagal mempertahankan kerusi di DUN Luit, DUN Chenor, DUN Jengka, DUN Panching, DUN Tahan dan DUN Damak yang dimenangi PAS, manakala calon PKR menang di DUN Tanah Rata, DUN Teruntum dan DUN Mentakab.

Sumber: BH Online