Bukan Mahathir, Tapi Wan Azizah PM Ke-7?


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan dilantik menjadi perdana menteri baru negara.

Difahamkan, Anwar Ibrahim tidak mahu jawatan perdana menteri jatuh ke tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Anwar khuatir beliau tidak akan merasa menjadi perdana menteri andai Mahathir yang naik,” kata satu sumber.

Perubahan calon perdana menteri dikatakan antara punca upacara mengangkat sumpah perdana menteri baharu yang sepatutnya berlangsung pagi tadi di Istana Negara ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dimaklumkan.

Dalam pada itu, sekiranya Wan Azizah mahu menjadi perdana menteri, beliau perlu berkerjasama dengan parti lain untuk mendapat majoriti mudah.

Sekiranya komponen Pakatan yang lain menolak idea itu dan berkeras mahukan Mahathir, Wan Azizah mungkin tiada pilihan selain memilih Barisan Nasional untuk membentuk kerjasama. 

Sumber: Mstar Online