Dulu BN, Sekarang Sokong Pakatan, Wak Doyok Tak Kisah Dikecam!


SELEBRITI media sosial Wak Doyok dikecam hebat netizen gara-gara tindakannya menyatakan sokongan terhadap perdana menteri baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini berikutan sebelum ini, Wak Doyok merupakan antara selebriti yang kerap menyokong program bersama Barisan Nasional.

Menurut Wak, sebagai selebriti dia tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan kehadirannya di program sedemikian demi menghormati undangan penganjur.

"Kami selebriti tak terikat dengan parti politik dan saya hargai undangan dan jemputan mereka sebelum ini.

"Jadi tak timbul isu lalang. Bukan saya sahaja yang dikecam dan dituduh dengan gelaran tersebut, malah, rakan-rakan selebriti lain pun kena juga," katanya kepada mStar Online.


Wak Doyok ditemui di majlis Alha Alfa Cosmetics Awards and Gala Dinner di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sementara itu, Wak berkata dia sudah lali dan terbiasa dengan kecaman netizen.


Ujarnya, kecaman di laman sosial itu sedikit sebanyak turut membantu pemasaran produknya.

"Apa sahaja yang kami (selebriti) lakukan pasti mendapat kecaman dan saya sudah terbiasa dengan hal itu.

"Tak apalah, itu juga sebahagian publisiti dan ia merupakan 'free marketing' untuk saya," katanya.

Sumber: Mstar Online