Dulu Guna Melayu Dalam Hutan, Kini Guna Melayu Di Atas Kertas Undi


Hari ini hari Rabu. Bukan Rabu ini, Rabu sekali lagi yang dinanti untuk membuang undi. Lagi 7 hari lagi. Cepatnya masa berlalu. Sebelum mengundi, orang Melayu kena nilai dan kaji balik sejarah. 

Sejarah tidak boleh dinafikan. Sejarah telah mengajar. Biarpun bersungguh sungguh Mat Sabu, Presiden PAN mahu mengubah sejarah peristiwa Bukit Kepong, namun orang Melayu masih lagi tidak lupa apa yang pengganas komunis lakukan suatu ketika dahulu. 

Dulu Shamsiah Fakeh diperguna dalam hutan, kini cucunya pula diperguna atas kertas undi di Kota Damansara. Diperguna oleh dua entiti yang berbeza iaitu komunis dan parti DAP. Dua entiti ini mungkin tiada kaitan, tetapi inilah cara orang Melayu diperalat sejak dulu dan kini hanya untuk merampas kuasa. 

Sejak zaman Melaka lagi, kisah Mendaliar dan Kitul melakukan fitnah untuk pecah belahkan orang Melayu. Kini kisah itu berulang lagi, cuma berbeza wataknya sahaja. Baca pautan ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1839037339450068&id=697192853634528

Dalam cerita Melayu lama lama, watak Buang yang dipergunakan Jepun dalam cerita Sarjan Hasan cukup terkesan di kalangan orang Melayu. Ingatan P Ramlee dalam cerita itu tentang Melayu yang mengkhianati bangsanya sendiri jangan dilupakan.

Ada benarnya apa yang P Ramlee ceritakan itu. Semua orang kena semasa komunis mengganas di Tanah Melayu, orang Melayu, Cina dan India jadi mangsa. Orang Melayu diperguna dalam hutan, dikumpulkan sekali dan dinamakan sebagai Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya.

Pada bulan Mei 1949, sebuah pertemuan sulit telah diadakan di hutan berdekatan Kerdau, Pahang yang di sertai oleh Che Det Abdullah (Abdullah CD), Wahi Annuar, Musa Ahmad dan Chin Peng. Dalam pertemuan ini Chin Peng memaklumkan bahawa Parti Komunis Malaya telah menubuhkan  beberapa rejimen yang terdiri daripada hanya kaum Cina dan Chin Peng menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah rejimen yang hanya dianggotai oleh orang Melayu. 

Ini cara Chin Peng dan komunis dahulu pergunakan orang Melayu. Komunis hanya mahu gulingkan kerajaan dan rampas kuasa. Itu situasi dulu, Melayu diperguna dalam hutan. Kini, entiti yang lain pula pergunakan Melayu iaitu DAP. 

Hew Kuan Yau secara konsisten menyatakan bahawa mahu "screw" dan perkudakan Melayu. Bukan Superman DAP sahaja yang cakap mahu pergunakan Melayu, Ramasamy juga ulang ayat yang sama. 

"Tiba-tiba dia (Dr Mahathir) datang kepada Pakatan Harapan. Dia kata tidak mahu Najib, tidak mahu UMNO, tidak mahu BN. Kenapa kita terima dia?

"Bukan kita lupakan apa dia buat dahulu, dulu dia jahat. Saya pun tidak boleh lupa. Kita pilih Dr Mahathir untuk tarik orang Melayu sokong pakatan," Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri DAP ketika berkempen di DUN Perai pada 28 April 2018.

Ini bermakna strategi pergunakan Melayu sebagai umpan untuk dapatkan undi adalah strategi utama DAP pada PRU14 kali ini. Bila tsunami Melayu tidak menjadi, yang paling risau adalah DAP bukanlah pemimpin pemimpin Melayu dalam pembangkang. 

Melayu dalam PH hanyalah alat DAP sahaja. Bila tiada tsunami Melayu, terpaksalah DAP buat "stage managed propaganda" memotong gambar Mahathir di "billboard" Ayer Hitam. 

Liew Chi Tong, calon DAP yang suruh potong gambar Mahathir. SPR yang potong gambar itu pun dengar sahaja cadangan calon DAP itu. 

Lepas potong siap senyum senyum lagi. Selesai semua drama, DAP salahkan pula BN. Kenapa hendak salahkan BN kalau DAP yang suruh potong? 

Mahathir bukan sahaja dipergunakan atas kertas undi, tetapi gambarnya juga dipergunakan juga oleh DAP di billboard. Ini cara DAP untuk dapat undi. Cara hendak buat tsunami, tidak masih belum jadi. 

Wajah wajah seperti Nik Omar, Rara, Tengku Zulpuri dan Mahathir kini menjadi alat DAP untuk berkuasa. Inilah rejimen Melayu yang sedang dipergunakan sekarang untuk tumbangkan Barisan Nasional. .

Ingat 7 hari lagi, kena turun undi. Jangan biar DAP rampas kuasa di Putrajaya. Kena #BersamaBN #HebatkanNegaraku. 

Sumber: BeruangBiru