Sekali lagi Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ terpalit kontroversi skandal seks dengan wanita.
Pendedahan skandal seks terbaru Mat Sabu itu dilakukan oleh sekumpulan individu yang mengaku ahli PAN dan menjadikan Mat Sabu sebagai idola mereka. Jurucakap kumpulan itu, Rizal Bakar mendakwa terima rakaman audio dan ‘screenshot’ perbualan melalui aplikasi Whatsapp antara Mat Sabu dengan wanita yang bergelar Zaza itu seminggu lepas.
“Saya mahu dia (Mat Sabu) jawab benar atau tidak. Apa sahaja jawapannya, kami akan buat satu lagi sidang media dalam tempoh 36 jam,” katanya yang dipetik laman portal Free Malaysia Today (FMT).
Mat Sabu sebelum ini juga terpalit kontroversi skandal seks pada tahun 1995 dengan isteri ahli PAS yang bernama Normah Abdul Halim. Ahli PAS yang juga sahabat baik Mat Sabu, yang ketika itu adalah Timbalan Presiden PAS, bermurah hati membenarkan Mat Sabu tumpang dan keluar masuk rumahnya sesuka hati demi parti kerana sewa hotel mahal. Namun, harapkan pegar, pegar makan padi. Dalam konteks ini, Mat Sabu ‘makan’ isteri sahabat baiknya sendiri.
Walaupun selepas tersebar rakaman perbualan ‘cengkerama yang menaikkan syahwat’ antara Mat Sabu dan Normah, serta penangkapan kedua-dua mereka yang berkhalwat di Hotel Perdana, bilik 121, namun Mat Sabu terselamat kerana pihak pendakwaan dikatakan tidak mempunyai bukti mencukupi.
Dulu ditangkap berkhalwat dengan isteri kawan baik sendiri, kini, skandal seks Mat Sabu sekali lagi jadi perhatian selepas tersebarnya gambar ‘stim’ Mat Sabu memeluk individu yang dikatakan sebagai Zaza dan juga perbualan telefon mereka. Walaupun diasak untuk menjawab sama ada skandal seks dengan Zaza itu betul atau tidak, sehingga kini Mat Sabu masih tidak mengaku apa-apa. Hanya menjawab dia masih bersemangat ingin ubah kerajaan.
Dulu dengan Normah isteri orang, mungkin Mat Sabu dah belajar dari pengalaman lepas jadi kali ini menjadi anak dara (darakah?) sebagai sasaran seterusnya. Mat Sabu sendiri seolah-olah mengaku skandal seks itu betul bila tidak menafikannya. Pelaku maksiat yang bertopengkan parti Islam begini layakkah jadi pemimpin? Patutlah dia boleh bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin DAP.
Sumber –Tv14
#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir