'Emak Pesan Jangan Masuk Amanah,' Anak Bekas MB PAS Kedah



YAN - Anak bekas Menteri Besar Kedah, Ahmad Faiq Azizan yang menyertai UMNO hari ini mendedahkan kenapa beliau tidak menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Ahmad Faiq, 31, yang juga seorang peguam berkata emaknya berpesan dirinya boleh memilih parti lain tetapi jangan sertai parti Amanah (PAN).

Menurutnya, beberapa orang  yang berada dalam PAS dan kini  menyertai PAN daulu  'melawan'  (menyerang) bapanya (Allahyarham Tan Sri Azizan Abd. Razak) dengan berbagai tohmahan.

Ahmad Faiq berkata sebelum ini  adalah ahli PAS sejak usia 18 tahun dan bercampur dengan kawan-kawan dalam BN,  PKR dan PAN.

Bagaimananupun setelah menilainya, beliau mendapati UMNO/ BN adaah parti yang terbaik baginya jika mahu membantu rakyat.

"Kalau nak tolong rakyat elok saya sertai UMNO", kata Ahmad Faiq hari ini pada satu majlis politik di Guar Chempedak yang turut dihadiri oleh calon BN Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharum dan calon DUN Guan Cempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail, . 

Beliau telahpun menyerahkan borang penyertaan sebagai ahli UMNO di bahagian Jerai dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk meletakkannya di mana-mana bahagian atau cawangan.

Katanya lagi adalah haknya untuk menyertai mana-mana parti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi ini.

Namun begitu  beliau telah mendapat restu dan galakan daripada isteri terlebih daulu untuk menyertai UMNO.

Ditanya jika ada pihak yang mendakwa sebagai 'pemakan dedak' ( kerana sertai UMNO), dia tidak perduli jika ada tuduhan seumpama itu.

Arwah bapanya dahulu ialah Pesuruhjaya PAS Kedah dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dan dipilih sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat menang PRU12.

Ahmad Faiq berkata lagi, dia boleh sertai mana parti termasuk DAP atau PKR jika mahu tetapi oleh kerana UMNO datang dahulu dengan cara yang baik beliau menerimanya - Kedahnews.com

#PRU14
#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN
#DahulukanRakyat


#HebatkanNegaraku

.