Fernandes Mohon Maaf Atas Pada Penyokong BN Atas Pandangan Bersifat Politik


KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes memohon maaf kerana tunduk kepada tekanan, dan ketidaksenangan yang disebabkan oleh beliau atas pandangan bersifat politiknya dalam video sebelum ini.

Fernandes berkata beliau telah tunduk kepada tekanan yang amat kuat, bagaimanapun ia merupakan keputusan yang dibuat untuk melindungi syarikat penerbangan tersebut yang banyak memberi manfaat kepada Malaysia dan akan terus berbuat demikian kepada negara.

“Ia tidak betul, saya akan menyesal buat selama-lamanya. Saya berharap kepada Malaysia yang baharu. Malaysia yang memberi peluang kepada semua orang, ” katanya dalam satu video di Facebook semalam.

Katanya beliau menganggap ia suatu langkah yang wajar baginya untuk cuba menjelaskan apa yang telah berlaku dalam beberapa minggu yang lepas.

“AirAsia berada dalam industri yang amat terkawal — industri yang hampir segalanya memerlukan kelulusan kerajaan. Daripada penerbangan, kepada cukai lapangan terbang hingga laluan. Oleh itu, bukan mudah untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan dan syarikat itu perlu sentiasa menyokong kerajaan pada masa itu.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan berusaha 150 peratus untuk menebus kesilapan itu dan memastikan AirAsia dapat terus mengubah mimpi menjadi kenyataan,” katanya. – BERNAMA