Gadis OKU Dirogol Bergilir-Gilir Mat Bangla


KUANTAN – Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa pemuas nafsu serakah dua warga Bangladesh apabila dirogol secara bergilir-gilir dalam kejadian di Felda Selancar 4, Rompin, dekat sini kelmarin.

Mangsa, 27, yang merupakan OKU lembam dirogol dua lelaki warga asing masing-masing berusia 40 dan 45 tahun pada 3 Mei lalu sekitar jam 6 petang di sebuah nurseri bunga berhampiran rumah keluarga mangsa.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, keadaan mangsa yang tidak terurus ketika pulang ke rumah menyebabkan seorang adik mangsa curiga.

Katanya, adik mangsa telah mendesak mangsa menceritakan apa yang berlaku.

“Selepas didesak, mangsa akhirnya mengaku mengikut dua lelaki Bangladesh selepas diberikan wang RM6.

“Dia mengikut kedua lelaki warga asing itu ke nurseri bunga berhampiran dengan berjalan kaki selepas menerima wang berkenaan.

“Apabila sampai di nurseri bunga tempat kedua warga asing itu bekerja, mangsa dirogol secara bergilir-gilir,” katanya.

Azli berkata, hasil pengakuan mangsa, keluarganya telah membuat laporan polis pada sebelah malam hari yang sama.

“Selepas menerima laporan, polis segera bertindak dan kedua suspek ditahan pada malam itu juga dan kini direman selama tujuh hari,” katanya lagi. - Kedahnews.com