ALOR SETAR – Pemimpin gabungan parti pembangkang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini menjadikan cacian, hinaan serta kutukan sebagai modal utama pada setiap ceramah politiknya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sikap Mukhriz dilihat sudah berubah 360 darjah dan cara berpolitik calon PKR bagi kerusi Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra itu juga sudah tidak jauh berbeza dengan pemimpin gabungan pembangkang lain termasuk DAP.
“Semasa bersama saya dulu, dia seorang yang lemah lembut tetapi sejak berada di bawah pembangkang budi bahasanya sudah hilang,” katanya selepas hadir pada Majis Penyerahan Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Alor Merah di Alor Setar, semalam petik Kosmo
Sementara itu, Ahmad Bashah juga diminta mengulas mengenai tindakan Mukhriz yang mengajak rakyat Kedah beralih kepada gabungan pembangkang memandangkan beliau dikatakan selalu ‘lena’ ketika dalam satu ceramahnya di Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) di sini malam semalam.
Jawab calon BN bagi kerusi DUN Suka Menanti itu, cercaan dan kutukan yang dibuat itu menunjukkan Mukhriz sudah ketandusan idea kerana tiada isu membabitkan kerajaan negeri yang boleh dibangkitkan. - Kedahnews.com
#JomBN #BersamaBN
#DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M
#ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir
#DosaDosaMahathir