Hutang Negara RM1 Triliun Timbulkan Keraguan Banyak Pihak


Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai hutang negara yang tiba-tiba  kini meningkat kepada RM1 triliun daripada RM686.8 bilion pada tahun lepas, menimbul keraguan ramai pihak.

Bukankah baru saja bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kata rizab negara kini memiliki  RM430 billion dan kedudukan ekonomi negara baik.

Malah Gabenor Bank Negara sekarang Tan Sri Muhammad Ibrahim juga bagi gambaran yang baik mengenainya.

 Sebaliknya  Dr Mahathir terus menerus beri senario yang berbeza.

Tandatanya timbul bila dalam amanatnya pada penjawat awam di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri semalam,Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa hutang negara kini sudah mencecah lebih satu trilion ringgit.

Menurut Agendadaily, angka ini (RM1 triliun) itu tidak pernah didengari sebelum ini.

Malah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali memberitahu hutang negara berada di paras terkawal dan mampu dilunaskan kerajaan.

Dr Mahathir tidak wajar buat kenyataan umum begitu sebaliknya perlu huraikan secara terperinci mengenainya

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri membuat kesimpulan bahawa hutang negara kini telah mencapai angka RM1 trilion.

Merujuk laporan Bank Negara pada Disember tahun lalu, Khairul menegaskan hutang negara hanya berjumlah RM686.8 bilion.

“Di mana Perdana Menteri dapat angka RM1 trilion? Adakah penasihat barunya gagal membekalkan maklumat yang betul kepadanya?

“Atau ini hanya satu taktik politik untuk menyalahkan bagi menjadikan rakyat fikir hutang negara yang ditanggung kerajaan Pakatan Harapan adalah kesalahan pentadbiran terdahulu?” soal Khairul Azwan dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, laporan Bank Negara pada Mac tahun ini menunjukkan ekonomi domestik berada dalam keadaan baik.

“Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang kukuh antara 5.5 peratus dan 6 peratus pada 2018,” ujar Khairul Azwan yang juga seorang Senator.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan Dr Mahathir berkata hutang negara telah melepasi paras RM1 trilion berbanding RM300 bilion sebelumnya.

Angka hutang negara yang disediakan Perdana Menteri itu jauh lebih tinggi daripada angka rasmi yang diberikan oleh pentadbiran sebelumnya.

Kementerian Kewangan sebelum ini berkata kerajaan mencatatkan hutang sebanyak RM687.43 bilion pada September 2017.

Awal bulan ini, The Edge Financial Daily melaporkan hutang kerajaan berkembang pada kadar purata 10 peratus setahun daripada RM266.72 bilion pada tahun 2007 kepada RM687.43 bilion pada September 2017 ekoran perbelanjaan yang berlebihan.

Sementara itu bekas Ketua Unit Komunikasi Koprat Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam juga hairan mengenai angka hutang negara yang diberi Dr. Mahathir itu.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur beliau mendakwa Perdana Menteri sebut begitu untuk beri gambaran keadaan ekonomi negara tidak baik.

Ini katanya untuk mempertahankan dakwaanya sebelum ini kononnya kerajaan pimpinan Najib sudah rosak dna ekonomi tenat.

“ Tiba-tiba bila dia sudah ambilalih (pentabiran negara) Gabenor Bank Negara kata ekonomi kita bagus.Jadi jelaslah rakyat nampak Dr Mahathir menipu.

”Kedua…anggota penasihat Council of Elders Tan Sri Zeti dia pun kata ekonomi kita bagus dan kedudukan rizat negara tertinggi dalam sejarah …kalau lihat lebihan akaun semas akita RM15 billion.Ini ayat-ayat yang keluar dari orang yang ada dalam sistem negara hari ini jelas bercanggah dengan tuduhan Dr Mahathir,”katanya.

Lokman juga mempersoalkan dakwaan Dr Mahathir bahawa terdapat angka-angka ekonomi negara adalah palsu.

Menurut beliau pihak yang mengeluarkan angka-angka ini ialah Jabatan Perangkaan.

katanya bila mendengar dakwaan Dr Mahathir beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Perangkaan yang mengesahkan jabatan itu tidak pernah keluarkan fakta dan angka palsu.|

Menurut Lokman pengarah itu kini bertugas dibawah kerajaan Pakatan Harapan maka tidak ada sebab beliau hendak melindungi kenyataan yang tidak benar.

Lokman menilai angka-angka ekonomi semasa pentabiran Najib menunjukkan antara yang terbaik di dunia.
 Dr. Mahathir kelmarin berkata nilai hutang negara yng tinggi an ia memerlukan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh.

Memetik laporan BH, Perdana Menteri berkata, kewangan negara kini sudah dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trilion dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ketika di bawah pentadbirannya dahulu, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion berbanding RM1 trilion buat masa ini.

"Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini, " ujarnya - Kedahnews.com