Jika BN Kalah, Ekonomi Malaysia Dijangka Merudum, Kata Penganalisis


PETALING JAYA – Seorang penganalisis telah memberi amaran tentang masa depan ekonomi yang suram bagi Malaysia sekiranya pembangkang memenangi PRU14.

Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Research, Advisory and Technology Ng Yeen Seen berkata Malaysia akan diketepikan oleh China dari Belt and Road Initiative.

Beliau berkata Pembangkang akan menghentikan semua projek berkaitan China seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Tun Razak Exchange dan pembangunan Country Garden Forest City.

Masalah industri minyak sawit Malaysia akan diburukkan lagi dengan boikot oleh China, katanya.

Beliau berkata ramai yang dijangkakan akan kehilangan pekerjaan jika China memutuskan untuk menggunakan laluan lain untuk memintas Pelabuhan Klang.

Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga akan mengakibatkan kerugian besar bagi Kerajaan, katanya.

Menurutnya, pekerja kerajaan dijangka kehilangan pekerjaan kerana Petronas tidak lagi menjadi kuasa yang menggerunkan seperti pada tahun 80-an, 90-an dan pada dekad pertama tahun 2000.

“Kerajaan perlu mencari sumber alternatif lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah bahawa ini akan menyebabkan peningkatan hutang negara seperti yang berlaku pada tahun 80-an dan 90-an kerana penswastaan akan menyaksikan peningkatan yang ketara untuk menjual lebih banyak aset kepada “parti-parti yang mesra” melalui pinjaman murah yang dijamin oleh Kerajaan.

Selain itu, melihat Pembangkang yang telah bersumpah untuk menghapuskan tol, Ng berkata, Kerajaan akan terpaksa meminjam wang dari Amerika Syarikat, sebagai contoh, dalam rancangannya untuk membeli kembali aset tersebut.

Ng berkata ini adalah kerana Kerajaan tidak lagi mempunyai wang minyak yang pernah ada pada masa lalu, ditambah pula dengan China dan Timur Tengah yang tidak sekuat dahulu kerana kejatuhan harga minyak.

Walaupun penghapusan BR1M akan menyebabkan kumpulan B40 digalakkan untuk bekerja di syarikat yang baru diswastakan, beliau berkata ini akan menghalang impian negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

“Untuk berdaya saing di peringkat global, syarikat-syarikat yang diswastakan ini perlu memastikan kos mereka rendah dan impian negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi akan musnah,” katanya sambil menambah pekerja asing akan kembali bersaing dengan penduduk tempatan.

Beliau menegaskan bahawa ini akan menyebabkan pemodenan Industri 4.0 tidak akan berlaku dan negara akan jatuh di belakang negara seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia menjelang 2023.

Link asal artikel:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/02/bn-loss-will-see-bad-future-opposition-win-set-to-spark-economic-regression-says-analyst/