Jumlah Kematian Wabak Listeria Di Afrika Selatan Meningkat Kepada Lebih 200


JOHANNESBURG - Jumlah kematian dari serangan terbesar dunia penyakit listeria yang berpunca daripada makanan itu meningkat kepada 204 kes tetapi jumlah kes terbaharu dilaporkan menurun dengan sekata selepas produk tercemar berkenaan ditarik balik, kata pihak berkuasa Afrika Selatan kelmarin.

Jabatan Kesihatan telah menarik balik produk daging proses yang dikenali sebagai ‘polony’ selepas sumber wabak itu dijejaki berasal dari sebuah kilang milik unit Tiger Brands Enterprise Food pada Mac lalu yang menyebabkan syarikat itu difailkan saman tindakan undang-undang.

Menurut Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NICD), jumlah kes dilaporkan meningkat kepada 1,033. -REUTERS