GURUN - Tindakan pantas seorang penumpang memaklumkan pemandu apabila terhidu bau asap, berjaya menyelamatkan nyawa mereka dari kebakaran yang memusnahkan kenderaan itu.
Menurut pemandu, Azizan Saad, 55, ketika kejadian jam 11.30 malam itu, dia dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur bersama lima penumpang.
Katanya, sebaik tiba berhampiran susur masuk ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, seorang penumpang menghampirinya dan memaklumkan yang mereka menghidu bau asap yang kuat di dalam bas berkenaan.
"Saya serta merta memberhentikan bas dan turun untuk meninjau di bahagian belakang bas dan terkejut melihat api di bahagian pendingin hawa.
"Saya bergegas meminta semua penumpang turun dari bas bersama barangan mereka.
"Saya tak sempat berbuat apa untuk mengawal api kerana ia merebak terlalu cepat sehingga ke keseluruhan bas," katanya ketika ditemui di lokasi.
Sumber: BH Online