Kerajaan PH Kedah Gantung Tugas 1,900 JKKK












Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pertama semalam telah memutuskan untuk menggantung tugas kira-kira 1,900 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahthir berkata penggantungan itu dibuat selepas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) semalam membubarkan beberapa jabatan termasuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan JKKK seluruh negara. .

"Kita perlu sedikit pengesahan daripada Pejabat Perdana Menteri tentang perkara ini, " katanya hari ini.

Sementara itu menurut beliau satu pertemuan dengan pegawai daerah dan penghulu akan diaturkan bagi membincangkan kaedah terbaharu untuk salur bantuan secara terus kepada pihak memerlukan selain bagaimana kita mahu mendapatkan maklumat dari semua kawasan. - Kedahnews.com