Kereta MPV Dilapangan Terbang Bukan Milik Najib Tapi Shahidan Kassim


SUBANG - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) diragui kehadirannya diletakkan di hadapan pintu 6 di Lapangan Terbang Sultan  Abdul Aziz Shah hari ini menimbulkan tanda tanya.

Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu tidak dikenalpasti pemiliknya terus menjadi persoalan.

Orang ramai iaitu penyokong kerajaan juga mengerumuni kenderaan itu sambil memaksa penumpang dan pemandu keluar menunjukkan diri.

Polis juga terpaksa mengambil tempat dalam usaha menghalang orang ramai daripada bertinda melulu.

Ada juga sebahagian daripada orang awam yang hadir menjerit, "keluar, keluar!"

Selepas hampir sepuluh minit, individu di dalam kenderaan berkenaan menunjukkan diri iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Kenderaan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang.

Kehadiran ramai di lapangan terbang ini termasuk media adalah untuk mendapatkan kepastian adakah benar khabar angin mengatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meninggalkan negara.

Sumber: Sinar Online