Ketua Polis Minta Rakyat Bertenang


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wujud kacau bilau dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pada masa ini situasi keselamatan dalam negara adalah kekal tenang dan terkawal.

“Dalam masa yang sama juga, penyokong parti politik dinasihat agar tidak melakukan sebarang perarakan sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“PDRM akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden atau provokasi yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sumber: BH Online