Kostum Iron Man Hilang


LOS ANGELES - Kostum watak 'Iron Man' berwarna merah dan emas yang dipakai aktor Hollywood, Robert Downey Jr dalam karya asal adiwira itu pada 2008 dilaporkan hilang dalam sebuah kemudahan simpanan, di sini, kelmarin.

Jurucakap polis Los Angeles, Christopher No ketika memberitahu AFP, berkata pemilik gudang itu percaya kostum itu hilang dari kemudahan simpanan peralatan di Pacoima di utara pusat bandar Los Angeles antara Februari hingga 25 April lalu.

Beliau berkata, insiden itu dianggap luar biasa dan pihak polis amat mengambil berat mengenai kejadian itu, namun, setakat ini penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kes terbabit. - AFP