MALANG menimpa seorang bayi perempuan berusia 10 bulan apabila dia terlepas dari dukungan ibunya di atas tangga bergerak di sebuah pusat beli belah disebabkan di ibu sibuk berswafoto dengan suaminya.
Dalam kejadian yang berlaku di India itu, wanita terbabit sedang memegang anaknya apabila suaminya meminta dia merakamkan swafoto mereka berdua di atas tangga bergerak itu.
Bagaimanapun wanita itu gagal mengimbangkan badan lalu terlepas anaknya dari pegangan.
Bayi itu terkeja pemegang tangga bergerak sebelum jatuh di ruang antara tangga dengan dinding.
Orang ramai yang berada di situ cuba berlari menyelamatkan bayi itu tapi malangnya dia meninggal dunia serta merta selepas terjatuh di atas lantai.
Kejadian itu telah dirakamkan menerusi CCTV dan polis kini sedang menjalankan siasatan.
Bayi tersebut bersama ibu bapanya sebelum itu telah mengunjungi sebuah klinik untuk mendapatkan pemeriksaan rutin anak mereka.
Kes ini sama seperti yang berlaku di Mumbai beberapa hari lalu di mana seorang bayi maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan selepas ibunya yang memakai kasut tumit tinggi gagal mengimbangkan badan. – Kedahnews.com