Lepas Cerita Jet Rosak Tidak Menjadi, Datang Pula Surat Rayuan Minta Simpati


Sesudah cerita jet rosak, jet kononnya kena sabotaj tidak menjadi datanglah pula surat rayuan untuk tagih undi dan simpati. Surat rayuan yang ditulis Mahathir itu diedar pada penduduk Langkawi bertarikh 26 April 2018. 

Dalam perenggan pertama surat itu, Mahathir berkata kena pilih wakil rakyat yang boleh bela nasib rakyat. Ya, kalau hendak wakil rakyat yang begitu kena undi wakil rakyat yang sedia ada yang boleh angkat panggilan telefon jam 1.00 pagi untuk membantu penduduk Langkawi. 

Kalau pilih Mahathir, bantuan akan lambat sampai kerana Mahathir kena naik jet peribadi dulu dari Kuala Lumpur. Kalau ada "terkejut tergempaq" hendak minta tolong malam malam, susah. 

Kemudian Mahathir tulis lagi tentang kesetiaan orang Langkawi pada Barisan Nasional. Ya, orang Langkawi tidak seperti Mahathir yang tiada prinsip dan sanggup menjadi kuda DAP hanya semata mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan BN. 

Dalam perenggan ke-7, Mahathir kata dia mewakili PPBM yang diharamkan, kononnya PPBM itu haram kerana salah ROS. Padahal satu Malaysia tahu, PPBM diharamkan kerana gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian. 

Mahathir hendak putar belit cerita pasal PPBM ini dan hendak bangkit kebencian rakyat pada kerajaan BN. Padahal, semua tahu kucar kacirnya PPBM, ramai keluar parti dan protes marah pada Mahathir. Orang Langkawi kena tanya Ainina mengenai PPBM, dia tahu kisahnya. 

Dalam mukasurat kedua surat, akhirnya Mahathir mengaku juga UMNO yang berjasa memajukan Langkawi. UMNO yang naikkan Mahathir jadi PM, Mahathir kini lupa jasa UMNO kepadanya.

Mahathir kini bukan lagi Mahathir yang dulu lagi. Mahathir kini sudah bersahabat dengan DAP. Parti yang orang Melayu tahu dan kenal sangat apa dosa dosa parti itu pada bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Mahathir sendiri yang bercerita dulu DAP adalah parti rasis dan chauvinis. 

Kini orang yang digelar "hantu no. 1" oleh DAP itu telah menjadi alat bagi DAP. Alat bagi mengumpan dan memecah belah undi Melayu. Mahathir kata UMNO rosak tetapi yang rosak teruk sebenarnya adalah Mahathir sendiri. 

Rosak teruk kerana sanggup jilat balik ludah lama. Sanggup guna logo mata lebam yang diasaskan oleh orang yang dia panggil peliwat dulu. Mahathir sudah tiada prinsip, gadai semuanya demi mengejar kuasa. 

Dulu Mahathir kata DAP macam macam, kini Mahathir peluk cium balik DAP. Lihat video ini. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1751840841577531&id=1122306847864270

Kerosakan berterusan akan berlaku di negara ini kalau orang Melayu undi PKR, undi kuda kuda DAP seperti Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Tengku Zulpuri, Nik Omar dan Rara. 

Rosak dan lingkup habis KWSP, PNB, Mara, Tabung Haji kalau DAP yang memerintah. Mahathir mana ada kuasa, yang berkuasa adalah DAP. Sebab itulah Guan Eng sudah lantik tiga orang ahli parlimen DAP jadi menteri tanpa merujuk Mahathir pun. 

9 Mei ini adalah usaha terakhir DAP untuk pergunakan Melayu. Dengar apa Ustaz Kazim sebut dalam video ini ;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1751087924986156&id=1122306847864270

Jangan sesekali bagi peluang pada DAP. Jangan terperangkap dengan surat simpati dan pelbagai lagi drama simpati DAP. Lingkup habis negara ini dikerjakan DAP. Ingat kena #BersamaBN #HebatkanNegaraku

Sumber: BeruangBiru