Tun Mahathir yang kian terdesak dalam mengejar waktu mahu menyelamatkan banyak perkara peribadi, dari lesen kroni yang hendak “expired“, projek mega Najib yang tidak lekat kepada kroni dan harta tersekat di luar negara, telah membuat kenyataan ulangan “recycle” sekali lagi.
Ketika mahu menghapuskan Anwar Ibrahim dari peta politik UMNO, kerana telah melihat Anwar Ibrahim bukan orang yang akan mahu di cucuk hidung oleh Mahathir, maka Anwar telah didakwanya tidak layak menjadi “deputy“nya kerana suka ‘main belakang’.
Atas alasan orang semacam Anwar akan memalukan negara Malaysia kerana Anwar telah meliwat sambil melancapkan mangsanya.
Maka atas itu dianggap dirinya telah tersilap pilih orang untuk menggantikannya.
Malah, dalam buku ‘Doktor Umum’ diberitahu oleh Tun Sendiri, juga telah mengaku membuat banyak kesilapan dalam kerjanya namun memecat Awnar bukan satu dari kesilapan.
Pendek kata, Tun M mengaku dia silap pilih timbalan lagi.
Kemudian ketika mahu menjatuhkan Abdullah Badawi kerana mahu mempercepatkan proses giliran Perdana Menteri untuk naikkan Perdana Menteri idaman selewat-lewatnya tahun W2020 Tun sekali lagi menyatakan bahawa dia sentiasa silap pilih orang untuk jawatan Perdana Menteri.
Maka Pak lah diserang dengan pelbagai isu rekaan seperti kes Scomi dan Centrifudge, kes jambatan bengkok, level 4 dan ECM Libra.
Namun sebaik sahaja Pak Lah letak jawatan, satu kes pun tidak sangkut, sebaliknya menumpukan mahu menjatuhkan Najib pula.
Kini dalam desperadonya, mengejar waktu mahu legasinya naik ngam-ngam tahun W2020 Tun telah membuat kenyataan diceramahnya di Titiwangsa semalam bahawa dia meminta maaf menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Konon ia kesilapan besar.
Bukankah Pak Lah yang lantik Najib jadi timbalannya?
Inilah Tun Mahathir, bohongnya kuat dibantu oleh penyokong jahil.
Najib menang atas mandat sendiri. Bukan atas bantuan Tun semata-mata.
Jika Tun Mahathir meminta maaf kerana telah tersilap memilih Najib, UMNO juga boleh meminta maaf kepada rakyat kerana tersilap pilih tol, kroni, nepotisma, IPP Mahathir.
UMNO juga perlu meminta maaf terhadap pembunuhan auditor Abd Jalil dalam mahu menutup isu BMF, pembunuhan orang Memali, kehilangan wang RM30 billion FOREX, beban TOL kepada rakyat, bailout guna wang rakyat, KLCC untuk keluarga dan wang Petronas.
Ini semua kerana UMNO telah tersilap memilih Presiden.
Jika Tun mahu saiko rakyat konon dia sentiasa silap pilih Presiden, satu perkara sahaja yang Tun tidak pernah silap, iaitu memilih kroni perniagaan dan pemegang konsensi serta pemilik IPP.
Semua rakyat sudah tahu, sebut nama Tun sinonim dengan kroni di belakangnya.
Kroninya tidak perlu pun menjadi ahli UMNO atau mengekorinya berkempen seperti malam tadi, tetapi , jika ada apa-apa habuan, kronilah yang diingatinya.
Malah mahu menjatuhkan Najib juga ada kaitan dengan kroni.
Betullah pengakuan Tun M, dia minta maaf tersilap pilih Najib, dia terlupa UMNO pun harus mohon maaf kepada rakyat kerana telah tersilap melantiknya menjadi Presiden sekian lama, ramai ahli dikampung masih naik moto buruk, namun kroni banyak jet dan boleh pinjam-pinjam.
Ada jutaan ahli UMNO, namun yang menjadi kroni orang luar bukan Melayu.
Tun Mahathir usah perasan silap kamu sahaja untuk kerja memerli, UMNO pun silap membela kamu, dan paling uniknya Tun selalu silap pilih timbalan dan Presiden , tetapi tidak pernah silap pilih kroni untuk di kayakan, pusing-pusing kroni sama juga.
#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir
Sumber – TV14