Mahathir Sibuk Minta Maaf Di Kubur, Tapi Tak Minta Maaf Pada 'Peliwat' Anwar Ibrahim


Gerak kempen minggu terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad cukup ironi dan sadis sekali. Dia terus menerus akan mengacau emosi pengundi dengan watak sedihnya.

Dia sudah hadir ke kubur Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Dan dia juga sudah cuba untuk menghampiri pusara Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, tanah kubur Tok Guru ‘enggan menerimanya’ ketika mahu menziarahi pusara berkenaan.

Kononnya Mahathir sudah memohon maaf atas segala dosanya terhadap kepimpinan PAS yang terdahulu.

Namun ada satu lagi yang masih belum Mahathir memohon maaf iaitu peliwat.

Sampai ke saat ini, calon PKR Parlimen Langkawi itu masih belum meminta maaf kepada peliwat bersiri Anwar Ibrahim.

Adakah Mahathir masih tidak mampu memohon keampunan terhadap dosa-dosanya kepada  Anwar? 

Sumber – TV14