ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh anggota tentera dan polis membuang undi tanpa ada sebarang dorongan atau kekangan daripada mana-mana pihak.
Dr Mahahir dengan penuh harapan merayu agar panglima dan pegawai memerintah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah naungan pemerintahan agar mengundi dengan telus.
Kata Dr Mahathir sudah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat termasuk anggota tentera dan polis memilih kerajaan yang bertanggungjawab, beramanah dan berintegriti.
''Keselamatan negara adalah tanggungjawab polis dan tentera. Tugas ini menjadi amat penting menjelang pilihanraya. supaya demokrasi berjalan dengan bai, pasukan-paukan keselamatan bertanggungjawab menentukan rakyat dapat mengundi secara rela hati dan bebas.
"Badan-badan anggota tidak harus ditekan oleh perti-parti yang bertanding, khususnya parti kerajaan supaya mengundi pihak kerajaan sahaja.Tidak harus ada ugutan terhadap anggota polis dan tentera supaya tidan undi parti lawan,'' tulisnya dalam satu surat yang dituju khas kepada Angkatan Tentera dan Polis Malaysia.
Tindakan Dr Mahathir mengutuskan surat kepada ATM dan Polis dilihat seakan terdesak untuk meraih undi.
Beliau juga seperti tidak yakin dengan badan beruniform itu untuk memberikan sokongan pada parti yang ditandingnya iaitu PKR - Kedahnews.com
#TolakPakatan
#TolakDAP
#UndiBN
#KekalBN
#BersamaBN
#FakeNews