Mahdzir Khalid Pertahan Parlimen Padang Terap


KUALA NERANG - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap selepas menewaskan dua pencabarnya Azam Aziz yang mewakili PAS dan Khairizal Khazali dari PKR-AMANAH dengan majoriti 1,099 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Fathullah Suhaimi Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata Mahdzir memperoleh 16,384 undi manakala Azam mendapat 15, 285 undi dan Khairizal 7,254 undi.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang, calon PAS Munir Zakaria menang dengan majoriti 1,619 undi setelah memperoleh 9,118 undi.

Beliau menewaskan calon BN yang juga penyandang kerusi itu Datuk Badrol Hisham Hashim yang mendapat 7,499 undi dan calon PKR- AMANAH  Syed Fadzil Syed Embun yang memperoleh 3,376 undi.

 Penyandang DUN Pedu, Kama Noriah Ibrahim yang mendapat 7,494 undi, gagal mempertahankan DUN itu selepas  tewas kepada Mohd Radzi Md Amin dari PAS yang mendapat 8,164 undi.

Turut tewas ialah calon PKR  Hashim Idris yang mendapat 3,272 undi.- BERNAMA