Mahfuz Omar Pertahan Parlimen Pokok Sena


POKOK SENA – Calon Amanah Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena selepas menewaskan calon PAS Radhi Mat Din dengan majoriti 5,558 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mahfuz memperoleh 28,959 undi manakala Radhi mendapat 23,401 undi dan Datuk Said Ali Syed Rastan daripada Barisan Nasional (BN) memperoleh 18,390 undi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada pula dimenangi calon PAS Salim Mahmood dengan majoriti 1,285 undi selepas meraih 9,573 undi untuk menewaskan calon BN Datuk Ariffin Man yang mendapat 8,288 undi.

Dua lagi calon kerusi DUN itu, Mohd Aizad Roslan (PKR-PPBM) mendapat 6,337 undi manakala calon Bebas Datuk Mohd Ismail Othman (444 undi).

Kerusi DUN Bukit Pinang pula menjadi milik calon PAS Romani Wan Salim dengan majoriti 3,212 undi apabila memperoleh 10,432 undi untuk mengalahkan calon PKR Dzaher Ahmad yang meraih 7,220 undi manakala calon BN Dr Mohammad Nawar Ariffin mendapat 6,289 undi.

Tan Kok Yew daripada PKR-DAP pula mempertahankan kerusi DUN Derga selepas mengalahkan calon PAS Yahya Saad dengan majoriti 5,265 undi apabila masing-masing memperoleh 11,232 undi dan 5,967 undi manakala Datuk Dr Cheah Soon Hai daripada BN-Gerakan mendapat 4,916 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena Faudzi Ahmad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.  – Bernama