Majlis Angkat Sumpah MB Pahang Esok


KUANTAN -Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijadualkan berlangsung di Bilik Menghadap Utama, Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini esok.

Jemputan berhubung majlis pada pukul 3 petang itu dimaklumkan kepada pihak media melalui aplikasi WhatsApp namun tidak memaklumkan siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar.

Namun, sumber memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Adnan Yaakob kekal sebagai Menteri Besar untuk penggal kelima. 

Sumber: Utusan Online