Malik Sudah Jadi 'Wakil Rakyat BN' Lima Tahun Di Alor Mengkudu, Alor Setar


Abdul Malik Saad, 52, yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN) Kedah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu dalam kawasan Parlimen Alor Setar bukan calon 'payung terjun' seperti calon PKR, PPBM dan PAN yang 'berhjirah' ke sana sini.

Beliau telah berkhidmat seperti 'wakil rakyat' sejak lima tahun di kawasan Alor Mengkudu, tempat lahirnya.

Selaku Pegawai Penyelaras DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik telah memberikan khidmatnya kepada penduduk selepas BN kalah di  kawasan itu kepada parti pembangkang.

Sebut sahaja nama 'Haji Malek' orang Alor Mengkudu sudah tahu siapa pemilik nama itu.

Jika berlaku ribut, banjir dan masalah yang dihadapi penduduk, Malik diberi tanggungjawab dan sudah sedia membantu atau pun mencarikan bantuan.

" Saya sedia berkhidmat 24 jam di DUN itu walaupun belum menjadi wakil rakyat, " kata Malik Ketua Penerangan UMNO bahagian Alor Setar ketika ditemui semalam.

Malik yakin pengundi akan beralih kepada BN semula pada kali ini walaupun kehadiran parti baharu seperti PAN dan PPBM.

Malah penutupan Pusat Daerah Mengundi (PDM) oleh ketua penyelaras PPBM kerana memprotes kehadiran calon PAN memberi petanda awal BN akan kembali di DUN berkenaan.  

Beliau berharap penduduk akan menilai kerja-kerja baik yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, UMNO dan MCA semasa Alor Mengkudu berada dua penggal di bawah wakil rakyat pembangkang.

Pada PRU14, Abdul Malik dicalonkan untuk menentang Ahmad Yahya daripada PAS yang menyandang kerusi tersebut serta Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Phahrolrazi Mohamad Zawawi, bekas ADUN PAS Pengkalan Kundur, Kuala Kedah.


DUN Alor Mengkudu yang dimenangi PAS sejak PRU12, mempunyai kira-kira 27,000 pengundi termasuk 20,000 pengundi Melayu.

Kerusi itu berpeluang diambil semua oleh BN pilihan raya pada kali ini berikutan persaingan tiga penjuru dan kelebihan yang ada pada calon BN selaku anak tempatan dan telah lama memberi khidmat bakti kepada penduduk. - Kedahnews.com


#BersamaBN
#HebatkanNegaraku