Memali: Rakyat Kesal Dr Mahathir Tidak Pernah Berubah


Memfitnah mereka yang terkorban satu tindakan yang tidak boleh diterima.

Oleh Iqbal Kamaruddin

Amat tertarik dengan kenyataan Mohamad Zuhdi Mat Piah, salah seorang anak kepada mangsa Memali yang mengakibatkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya serta pengikut-pengikutnya pada 19 November 1985. Isu Memali ini, ramai juga yang tahu namun gambaran yang diberi adalah pihak polis diserang pengikut Ibrahim. Dimaklumkan anggota polis lebih dari beberapa ribu orang sedangkan kumpulan Ibrahim Libya tidak seramai mana.

Menurut Zuhdi, beliau tidak berhajat untuk membangkitkan isu ini, berlandaskan firman Allah, yang membawa erti: fitnah itu tidur. Sebolehnya beliau tidak mahu membangkitkan. Namun beliau terpaksa menerangkan semula kerana isu ini dibangkitkan semula oleh Dr Mahathir dalam ceramah kempennya untuk PRU14.

Beliau kesal kerana tuduhan Dr Mahathir bahawa apa yang berlaku di Memali adalah salah Presiden PAS Ustaz Hadi kerana “Amanat Hadi” 1981. Dr Mahathir dalam ceramah beliau mengatakan mereka yang terbunuh “mati katak” atau mati sia-sia. Bagi mereka yang mengikuti isu Memali hari ini, ramai yang meletakkan kesalahan pembunuhan itu atas bahu Dr Mahathir.

Isu Memali ini sebenarnya tidak mahu dibukanya semula, hanya kerana kepentingan politik khususnya dalam kita sedang menghadapi PRU 14. Isu ini tidak mahu dipolitikkan tetapi ceramah Dr Mahathir mengenai Memali hanya untuk kepentingan politik amat kurang ajar dan tidak bertanggungjawab, kata Zuhdi.

Beliau lebih sedih lagi apabila Presiden Amanah Mohamad Sabu dan kepimpinan Amanah yang lain seperti Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar hari ini seakan mengakui apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir. Adakah mereka kini sudah berubah dari sebelum ini, setiap tahun hadir ke Memali dan memaklumkan agar isu ini tidak boleh kita lupakan. Ini adalah pembunuhan kejam oleh kerajaan memerintah pada ketika itu.

Zuhdi mengatakan Dr Mahathir tidak pernah berubah, malangnya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang berubah. Mohamad Sabu pernah mengatakan tangan Dr Mahathir penuh dengan darah Memali dan hari ini orang yang sama mahu menaikkan Dr Mahathir sebagai PM ke-7.

Beliau mengakui tidak mahu membangkitkan fitnah dari tidur tetapi apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir adalah fitnah dan amat menyakitkan hati mereka. Ini tidak bertanggungjawab. Bagi memfitnah mereka yang terkorban satu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini sekumpulan penyokong Ibrahim Libya dengan hampir beribu anggota polis yang bertindak zalim ke atas penyokong dan Ibrahim Libya sendiri.

Sekiranya kita mendengar dan melihat kenyataan Tun Musa Hitam juga, ia seakan meletakkan beban bertanggungjawab ke atas Dr Mahathir. Tun Musa memaklumkan usaha dia pada waktu itu untuk menerangkan apa yang berlaku amat terhad.

Amat tertarik dengan kenyataan ini, Dr Mahathir selepas 22 tahun memerintah sehingga hari ini dalam kempen PRU 14 tidak pernah berubah, yang berubah adalah kepimpinan bekas PAS. Semua ini kerana politik dan kerana politik, pembunuhan boleh mereka lupakan. Adakah mereka ini tidak hipokrit.

Iqbal Kamaruddin adalah pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.