SELEPAS teruk dikecam dan menerima teguran daripada beberapa individu dikenali termasuk pendakwah muda, Da'i Wan Dazrin, Instafamous, Faiz Roslan akhirnya memohon maaf, semalam.
Bahkan ujar remaja itu, dia sudah pun menetapkan video tersebut kepada mod arkib di semua platform laman sosial termasuklah YouTube, Facebook dan Twitter.
"Saya dan rakan-rakan saya ingin memohon kemaafan di bulan mulia ini kerana membuat video sedemikian rupa.
"Maybe video itu salah dan timing upload pun bukan masa yang tepat," tulisnya.
Faiz juga meminta agar mana-mana pihak yang memiliki video tersebut agar memadamkannya biarpun pada asalnya dia dan rakan-rakannya yang membuka aib sendiri.
"Walaupun kami membuka aib sendiri, tidak perlulah anda semua sebar video tu.
"Kepada yang masih nak buka cerita pasal video berkenaan, terpulang. Cuma di bulan baik ini, tidak perlulah nak membenci atau membuka aib sesama manusia," jelasnya lagi.
Faiz sebelum ini telah memuat naik sebuah sebuah video parodi lagu yang kini trending, Lagi Syantik dengan mengenakan pakaian wanita bersama dua lagi rakannya pada hari pertama umat Islam meyambut puasa.
Dalam pada itu, Faiz turut menegur cara seorang selebriti tempatan yang membuat teguran berbaur ugutan kepadanya melalui Twitter.
"Saya cuma ingin menegur sedikit tidak mahu sebut nama lah, mungkin dia artis, penyanyi, pelakon.
"Tapi cara awak tegur saya di Twitter seperti mengugut saya, seperti nak pukul.
"Sedangkan mak saya tidak pernah memukul saya, siapakah anda nak berbuat demikian?" katanya.
Sumber: Sinar Online