Mungkin Tiada Kutipan Tol Untuk Terowong Bawah Laut


GEORGE TOWN - Pilihan pembiayaan untuk projek mega yang belum selesai di sini mungkin melihat perubahan apabila Pakatan Harapan (PH) merupakan kerajaan persekutuan.

Terdapat kemungkinan bahawa terowong bawah laut Pulau Pinang akan menjadi bebas tol seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya.

Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kerajaan akan mengkaji semula pilihan pembiayaan bagi projek-projek seperti Pelan Induk Pengangkutan Jalan (PTMP).

"Sekiranya kerajaan persekutuan bersedia menyokong kami, tentu saja, kami akan melihat pilihan pembiayaan alternatif. Tetapi sekarang terlalu awal untuk mengatakan," katanya di sini pada Ahad.

Pengarah eksekutif Pembinaan Konsortium Zenith bagi bontraktor projek terowong bawah laut Pulau Pinang, Datuk Lee Chee Hoe berkata, beliau mengalu-alukan sebarang kemungkinan dalam alternatif pembiayaan berbanding kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

"Kami sanggup menerimanya. Kita perlu bercakap dengan ketua menteri baharu dan mendapatkan arahan daripadanya.

"Kami juga bersedia untuk membuat terowong bebas tol kerana negeri ini telah berjanji untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas tol jika PH menang.

"Jika Chow mahu, kami akan bekerjasama," katanya.

Bekas ketua menteri, Lim Guan Eng telah berjanji untuk memansuhkan kutipan tol Jambatan Pulau Pinang, yang telah dilanjutkan sehingga tahun 2038.

Sumber: Mstar Online