Najib Buka Puasa Bersama Bonda


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang berbuka puasa bersama ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah, hari ini, walaupun berdepan ujian getir apabila puluhan polis menyerbu kediamannya sejak kelmarin.

Bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi gambarnya bersama Tun Rahah, yang dimuat naik di akaun Instagram rasminya.

"Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan, dapat bersama bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat Tarawih tadi," katanya.

Gambar itu turut mendapat 11,548 'likes' setakat jam 10.30 malam semalam.

Sejak semalam, kediaman Najib di Taman Duta dan Pavilion Residence Apartment diserbu puluhan polis, dipercayai berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber: BH Online