Najib Menawarkan Bantuan Peralihan Kuasa


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan bantuan peralihan kuasa kepada kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) yang baru memenangi PRU14, semalam.

Menerusi akaun Twitternya Najib berkata, beliau sanggup membantu peralihan kuasa itu agar berjalan lancar selain turut mengucapkan tahniah kepada perdana menteri ke-7 yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Twitter beliau turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyokong usaha itu dan tidak kurang juga berterima kasih kepadanya kerana menjadi perdana menteri sebelum ini.

Dalam PRU14 yang baru berakhir semalam, parti pembangkang Harapan diketuai Mahathir mengalahkan parti pemerintah BN diketuai Najib, yang merupakan kekalahan pertama parti tersebut sejak negara mencapai kemerdekaan. 

Sumber: Sinar Online