Nam Ron Sindir Sharnaaz Isu Video Parodi Faiz Roslan


PELAKON, Nam Ron sekali lagi menjadi perhatian apabila bertindak menyindir Sharnaaz Ahmad yang lantang menegur secara keras tindakan selebriti media sosial, Faiz Roslan dan rakan-rakan.

Menurut Nam Ron, Sharnaaz tidak seharusnya melenting dengan tindakan remaja berkenaan kerana ia berpunca daripada lakonan pelakon itu sendiri suatu masa dahulu.

Katanya, watak lelaki lembut yang dibawa oleh Sharnaaz dalam drama rantaian, Suamiku Encik Sotong ternyata memberi kesan kepada ramai penonton.Bahkan, perkara tersebut juga berjaya memperangaruhi remaja berkenaan untuk berperwatakan seperti wanita ketika melakukan video parodi.


“Saya rasalah budak Faiz tu terpengaruh dengan watak lembut yang Sharnaaz pernah bawak dulu tu. Cerita apa dia tak tau.

“So, saya rasa dia tak patut marah kat budak tu sebab budak tu terpengaruh dengan lakonan powernya. Budak-budakkan suka meniru,” ujar Nam Ron.

Justeru Nam Ron berkata, Sharnaaz seharusnya berbangga kerana lakonannya sebagai lelaki lembut sebelum ini dilihat berjaya memikat hati orang ramai.

“Dia patut bangga sebab ramai budak lelaki nak jadi lembut. Itu tandanya lakonannya berjaya memikat hati penonton.

“Dulu masih cerita Superman tengah hit ramai gila budak-budak nak jadi Superman sampai ada terjun flat pakai baju Superman beli kat pasar malam. Tapi takde pulak Superman ugut nak tibai (pukul) depa,” kata Nam Ron secara sinis.


Terdahulu, Faiz dan rakan-rakan sekali lagi menggegarkan dunia hiburan apabila memuat naik video parodi lagu “Lagi Syantik” yang mempamerkan aksi agak lucah dengan menyertakan hashtag #NerakaIsBack.

Tindakan Faiz itu bukan sahaja mengundang rasa kurang senang dalam netizen malah turut mendapat perhatian Sharnaaz yang meluahkan rasa bengangnya dengan tindakan Faiz. – Kedahnews.com