KENYATAAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan kuasa perhatikan dengan penuh hati-hati.
Kenyataannya itu benar-benar diharapkan sebagai suatu kenyataan yang realitistik dan bukan bukan sekadar harapan palsu dari seorang yang baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor yang dipetik daripada HarakahDaily hari ini menyebut rakyat sendiri akan menilai sejauh mana Dr. Mahathir mampu mengotakan kata-katanya di penghujung usianya itu.
Ia diharap tidak sekadar hanya kata-kata retorik politik bagi menyedapkan halwa telinga rakyat, kata Dr. Riduan.
Menurut beliau lagi rakyat berhak meraguan dengan janji Perdana Mmenteri itu kerana sejarah negara ini yang panjang di bawah pemerintahannya.
"Kita semua mengenang Perdana Menteri yang sama memerintah negara selama 22 tahun dari 1981-2003, di mana dalam tempoh itu sistem demokrasi di negara ini hampir lumpuh dan hancur.
Semua rakyat mengenali bagaimana sikap pemerintahan secara autokratik yang dilaksanakannya dengan mencengkam semua institusi dan agensi kerajaan sehingga tunduk di bawah pentadbirannya, " kata beliau selanjutnya.
Beliau mengimbas semula bagaimana kesemua pemimpin kanan di bawah kepimpinan Dr. Mahathir yang menjadi Timbalan Perdana Menteri terpelanting dan dihumban oleh beliau.
Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah TPM yang dimangsakan oleh beliau, kata Dr. Riduan.
Bahkan, katanya Dr. Mahathir juga begitu berkuasa menumbangkan dua bekas Perdana Menteri iaitu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya Dr Mahathir perlu dibuktikan dalam era 100 hari pemerintahannya bagi menyaksikan kebenaran janji Pakatan Harapan seperti di dalam manifesto.
Perdana Menteri ke 7 itu perlu buktikan kata-katanya itu dengan tindakan.
Sementara itu ujarnya semua badan kehakiman, perundangan dan eksekutif perlu dibebaskan tanpa campur tangan orang politik adalah agenda besar bagi mengembalikan demokrasi di negara ini.
"Bebaskan badan perundangan dan kehakiman bagi mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah yang melakukan korupsi termasuk dirinya sendiri, " kata Dr. Riduan lagi.