Pejabat PM Nafi Sultan Brunei Derma AS1Bilion Kepada Malaysia Untuk Pulihkan Ekonomi


Pejabat Perdana Menteri hari ini menyangkal dakwaan bahawa Sultan Brunei telah memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara ini.

"Ia tidak benar," kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri yang dipetik daripada Bernama apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan ketua negara asing pertama mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pelantikannya di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Khamis.

Gambar-gambar pertemuan itu tular menerusi media sosial dengan kapsyen menyebut tentang 'hadiah' kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi tanpa perlu dibayar balik.

Sementara itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan beliau menerusi akaun facebook  turut menafikan berita itu dan menjelaskan perkara berlaku kerana kesilapan pihak admin.- kedahnews.com

-