Pelantikan, Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah Ditangguh


ALOR SETAR - Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang dijadualkan diadakan pada petang ini telah ditangguhkan.

Menurut Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff dalam satu kenyataan ringkas bagaimanapun tidak menyebut bila majlis berkenaan akan diadakan.

Namun, dalam kenyataan itu juga tidak menyatakan individu yang mewakili parti tertentu yang akan dilantik sebagai menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung semalam, Pakatan Harapan yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah menguasai 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Manakala, Barisan Nasional pula hanya memenangi tiga kerusi dengan Pas memperoleh 15 kerusi.

Pembentukan kerajaan negeri yang baharu bagaimanapun masih belum dapat dilakukan berikutan majoriti mudah bagi negeri Kedah adalah 19 kerusi DUN. -Kedahnews.com