PM Arah Tindakan Segera Terhadap Panggilan Spam


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera terhadap insiden panggilan spam daripada nombor antarabangsa yang diterima ramai pemimpin Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata beliau mengecam sekeras-kerasnya taktik `panggilan spam’ itu yang diterima ramai pemimpin BN sejak awal pagi tadi.


“Telefon yang diserang `spam’ ini tak dapat berfungsi seperti biasa. Selain itu, banyak laman web BN pun tak boleh diakses.

“Saya telah arahkan supaya tindakan segera diambil,” katanya menerusi Twitter sebentar tadi. – BH ONLINE