Polis Pendang Giat Cari Kanak-Kanak Hilang


PENDANG - Polis daerah Pendang masih giat mencari seorang kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 27 Mei lalu.

Ketua Polis daerah Pendang, Deputi Supritenden Fadzil Hashim berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan yang berusia 11 tahun keluar dari rumahnya pada jam 12 tengah hari.

Katanya, pihaknya menerima laporan pada 28 Mei jam 8.35 malam mengatakan Muhammad Alif Daneal Mat Rizan masih belum ditemui sehingga hari ini.

“Operasi mencari sedang giat dijalankan dan kerjasama orang ramai sangat diperlukan pada ketika ini,” katanya.

Menurut Fadzil, ketika keluar dari rumah Muhammad Alif berbaju t hitam dan berseluar slack hitam.

“Orang ramai yang menemui Muhammad Alif diminta tampil untuk membantu polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Online