Program Jom Kongsi Rezeki Diteruskan Ramadan Ini


SUNGAI DUA - Program Jom Kongsi Rezeki di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal akan diteruskan menjelang Ramadan yang bakal tiba.

Pengerusinya, Khairul Fitri Kiraman berkata, program berkenaan membuka peluang kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang.

“Dalam program ini, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyumbang tapi pada masa sama tidak tahu saluran sebaiknya, dapat menyumbangkan barangan kepada masjid.

“Dan pada masa sama, apa yang disumbangkan itu akan diagihkan pula kepada pihak atau keluarga yang memerlukan,” katanya.

Katanya, mereka yang kurang berkemampuan dialu-alukan hadir untuk mengambil sumbangan di masjid berkenaan.

“Pihak masjid meletakkan barangan pada rak di masjid ini, mereka yang kurang berkemampuan boleh hadir dan menulis nama mereka pada buku yang disediakan sebelum ambil barangan itu.

“Barangan terdiri daripada kopi, gula, teh dan beberapa barangan kering lain,” katanya.

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubungi Ustaz Khairul Fitri di nombor 019-4706188.

Sumber: Sinar Online