Projek Lebuhraya Pan Borneo Akan Diteruskan


KUCHING – Projek Lebuhraya Pan Borneo akan diteruskan, kata pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata proses audit akan dilaksanakan bagi mengkaji semula kos pembinaannya.

“Projek itu dan projek lain di Sarawak akan diteruskan, manakala proses audit adalah sebahagian daripada prosedur yang akan dilaksanakan.

“Di samping itu, kami akan meneliti semula kontraktor yang dilantik bagi mengelak berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek berkenaan. Kami mahu memastikan rakyat Sarawak akan terus mendapat manfaat, walaupun kerajaan sudah bertukar,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Beliau berkata setiap sen yang diperuntukkan kerajaan perlu digunakan sepenuhnya kerana ia adalah hak rakyat. – BERNAMA