#PRU14: Calon BN DUN Jeneri, Sik Berkhidmat Tanpa Kira Waktu


SIK - Calon Barisan Nasional (BN) DUN Jeneri Sik Mahadzir Abdul Hamid memang manusia suka tolong orang ramai yang sedang menghadapi kesusahan dan kesulitan.

Walaupun masa berkempen tiada lagi untuk hari mengundi, tetapi Mahadzir tetap membantu....

Itulah realiti yang berlaku semasa hari proses pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sik pada pukul 10 pagi tadi.

Seorang pengundi Abdul Latif  Ahmad, 50 yang lumpuh tiba-tiba  muntah dan pengsan di tempat mengundi sehingga terpaksa diberikan bantuan kecemasan dan dihantar ke hospital.

Kebetulan waktu itu perkhidmatan khas ambulans yang disediakan Badan Sukarela 1Malaysia (BS1M) diketuai Mahadzir berada  di  tempat pembuangan undi itu.

Mahadzir yang sedang bertemu pengundi bagaimanpun mengenepikan tugas itu dan menggerakkan ambulans itu bagi membantu mangsa yang berasal dari Kampung Parit, Mukim Jeneri dengan bantuan orang ramai dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

" Kami telah menyediakan khidmat lima buah ambulans dan tujuh pacuan 4WD milik pasukan BS1M bagi memberi khidmat bakti di 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN Jeneri pada musim PRU14, " kata Mahadzir yang juga Ketua Pemuda UMNO Sik dan Naib Ketua Pemuda Kedah.

"Inilah antara hasil dan sumbangan saya buat masyarakat yang sering memberikan sokongan kepada saya selama ini," kata Mahadzir lagi yang  juga mengetuai beberapa badan sukarela daerah dan negeri. - Kedahnews.com
#demirakyat