DALAM Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, DAP telah mengambil langkah drastik menyimpan logo roketnya di Semenanjung dan menggunakan logo PKR.
Kesediaan DAP bertindak begini disebabkan strategi menenggelamkan identiti partinya yang tidak mesra Melayu kerana agenda Malaysian Malaysia yang menolak kedudukan istimewa Melayu dan Islam.
Ada pulangan besar yang dinanti dan diharapkan DAP menyebabkan ia sedia menyorok logo partinya yang merupakan satu sumber keyakinan dan kebanggaan penyokongnya dari kalangan orang Cina.
Seboleh-bolehnya, mereka mahu DAP menggunakan logo roket dan tidak menggantikannya dengan logo lain.
Tetapi kali ini mereka sedia menangguhkan penggunaan logo roket untuk membohongi orang Melayu agar percaya mereka mengundi PKR dan bukan DAP.
DAP tidak meletakkan langsung logonya di mana-mana, dan pengundi hanya akan nampak logo PKR.
Logo PKR masih dapat diterima dan tidak membangkitkan sentimen seperti logo DAP, sebuah parti cauvinis Cina yang semakin menunjukkan wajah sebenarnya.
Mereka sendiri telah beberapa kali mengakui mempergunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan calon Melayu mereka untuk mengaut undi orang Melayu dan dipergunakan untuk “screw” orang Melayu sendiri.
Ini ialah strategi terbaharu mereka untuk menunjukkan mereka disokong oleh orang Melayu dan parti-parti Melayu sedia bekerjasama dengan mereka.
Mereka menjadi dalang penubuhan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN), selepas gagal menaikkan boneka-boneka mereka dalam PAS.
DAP mahu PAN menjadi ganti kepada PAS dan mengaut pengundi-pengundi PAS dalam PRU14 nanti.
Mereka bersedia juga meletakkan Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan calon perdana menteri sedangkan sebenarnya mereka akan sedaya-upaya membonekakan Mahathir.
Mahathir pun belum tahu dapat atau tidak menjadi PM, dan kalau dapat, berapa lama sebelum disailang oleh DAP yang telahpun mengumumkan bakal-bakal menteri mereka. - Kedahnews.com