Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy telah memberikan penerangan mengenai syarikat berkenaan dalam 30 sesi ceramah yang diadakan di seluruh negara. Beliau memberikan penerangan itu berdasarkan fakta, bukan dipengaruhi spekulasi atau emosi.
Ketika mengadakan sesi ceramah terbabit, Arul turut mengajak pemimpin Pakatan Harapan untuk turut serta supaya mereka boleh bertentang mata serta menyoal balas mengenai isu yang tidak difahami.
Malangnya, sampai kesudah pelawaan Arul itu tidak disambut tapi di belakang Arul bukan main mereka bercerita dan menghentam 1MDB.
Malah pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad pernah dicabar supaya membuat kejutan dengan hadir di siri jelajah 1MDB yang diadakan bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan berkaitan firma pelaburan negara itu.
Mahathir dicabar datang tanpa jemputan pada majlis penerangan oleh Arul Kanda ini dengan membawa bersama-sama bukti dan tuduhannya terhadap 1MDB dan boleh cakap ‘depan-depan’ dengan Arul.
Tapi seperti yang dijangkakan memang Mahathir tidak datang. Begitu juga dengan pemimpin Pakatan Harapan yang begitu lantang bersuara mengenai 1MDB. Mereka hanya berani di belakang sahaja.
Pembangkang ini sebenarnya takut untuk mendengar penjelasan yang disertakan fakta itu, kerana takut tidak ada lagi bahan untuk dijadikan kempen.
Merata tempat, pemimpin Pakatan Harapan dalam ceramah pilihan raya umum (PRU) bercerita kononnya isu 1MDB telah terkenal di seluruh negara disebabkan penyelewengan.
Tapi mereka tidak pula bercerita bagaimana Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat tidak pula mendakwa 1MDB di mahkamah dan kes itu tidak pernah dibicarakan.
Malah Arul sendiri mendedahkan beliau tidak pernah dihubungi oleh penyiasat dari luar negara. Jadi apakah tandanya itu?
Itu menunjukkan sebenarnya tiada kes pun terhadap 1MDB tapi disebabkan pemimpin Pakatan Harapan sengaja memanupulasinya, maka fitnah ke atas 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus dimainkan.
Mereka menambah cerita untuk menyedapkan cerita fitnah tentang 1MDB.
Tapi Arul bagaimanapun melahirkan rasa lega kerana sesi penerangan berkaitan 1MDB setakat ini mencapai objektif dan semakin diterima rakyat.
“Menjadi kebiasaan pada permulaan sesi, suasana agak tegang berikutan soalan-soalan panas yang diajukan.
“Tetapi pada pengakhiran sesi seperti hari ini bagaimanapun kita dapat lihat sokongan serta tepukan daripada pengunjung yang hadir, termasuklah ada yang bertukar-tukar nombor telefon dengan saya,” katanya selepas sesi penerangan berkaitan 1MDB ‘Anda Tanya Kami Jawab’, di Pondok KRT, Taman Lucky Bangsar, malam tadi.
#JomBN
#BersamaBN
#dosadosaMahathir
#Harapanpalsu