Saya perlu bercakap benar kepada semua rakyat Malaysia hari ini. Ketika kami bekerjasama dengan BERSIH, saya difahamkan bahawa ianya hanya untuk menarik sokongan untuk Deklarasi Rakyat. Malah Dr Mahathir juga memberitahu BERSIH bukanlah parti politik.
Namun, tiba-tiba nama Ambiga timbul kembali apabila beliau mencadangkan supaya Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 7. Saya mulai hairan bagaimana BERSIH masih ada suara di dalam PAKATAN HARAPAN. Ianya membuatkan saya semakin curiga dan percaya pasti mereka ada agenda tersembunyi.
Ini adalah antara sebab utama kenapa saya tidak lagi boleh bersama PPBM dan Dr Mahathir.
Berikut adalah 14 tuntutan sulit Bersih iaitu:
1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa dia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Salah seorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah mempunyai dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana dana yang dikhaskan untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenar untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya juga digunakan untuk keperluan orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
BERSIH juga sangat akrab dengan tuntutan yang diperjuangkan oleh COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) yang melibatkan 54 NGO pada tahun 2013 dulu. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah atau RUU 355 di Dewan Rakyat pada 6 April 2017 dan ianya dicemari dengan gangguan oleh Lim Kit Siang, Golbind Singh Deo dan Lee Boon Chye. Ini menampakkan bahawa umat Islam akan ditindas di bawah PAKATAN HARAPAN yang didominasikan oleh DAP.
Isu derma politik RM2.6 billion dan 1MDB adalah propaganda Dr Mahathir yang menggunakan Sarawak Report untuk menabur fitnah. Dr Mahathir pernah berpesan kepada saya supaya sentiasa bercakap benar walau tidak disukai oleh orang lain. Hari ini saya memilih untuk terus bercakap benar walau tidak disukai oleh Dr Mahathir sendiri.
Saya mengumumkan keluar dari PPBM pada 16 September 2017
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA